Tuesday, 21 May 2013

Jadual DJ-DJ MantapFM

            Jadual DJ-DJ MantapFM:

                                Hari Biasa...

Pagi:

Dj L.A

Segmen: Seleksi MantapFM

Isnin - Khamis= pukul 11:00 pg - 2:00 ptg


Petang:

Dj PK

Segmen: Santai Petang MantapFM.

Isnin - Khasmis= pukul 2:00 ptg - 5:00 ptg



Dj Lebah Hijau = pukul 6:00 ptg - 9:00 mlm

Selasa & Khamis / Segmen: Kalimatul Toyyibah...


Malam:

Dj Shamira...

Segmen: Bicara Politik...

Isnin - Rabu & Khamis= pukul 10:30 mlm - 12:30 tgh mlm...





Hari Minggu:

Dj Zasha (Singapura)

Segmen: Romantika Cinta

Jumaat-Sabtu=pukul 10:30PM - 12:30AM 

Ahad = pukul 8:30PM - 10:30PM


Dj L.A =

Segmen: Seleksi Hujung Minggu.

Sabtu & Ahad = pukul 3 ptg - 6 ptg...

  
Dj Mat Sewah,Dj Abu As & Dj Hokage Kazakage Ranger Putih Merupakan Penyampai/DJ Jemputan bagi MantapFM

Teruskan Mendengarkan MantapFM~Rentak Muzik Reformasi...!!!

Thursday, 16 May 2013

Segmen "Romantika Cinta"

                           
                          ROMANTIKA CINTA


Segmen "Romantika Cinta" kini kembali menemani pendengar2 di MantapFM setiap Jumaat hingga Ahad  pada pukul 10:30 mlm - 12:30tgh mlm dan pukul 8:30 mlm-10:30 mlm pada hari Ahad...Anda akan ditemani Dj Zasha dari Singapura menggantikan Dj P.I ...

      Dalam segmen Romantika Cinta ini pendengar2 boleh menujukan sebuah lagu untuk kekasih atau suami isteri,bersertakan ucapan2 yg indah dan romantis...Anda juga boleh postkan madah2 cinta,bersajak,berkongsi cerita kisah2 cinta pahit manis,luahan rasa atau jika anda ada meminati seseorg tetapi malu nak luahkan perasaan tu di depan si dia,anda boleh luahkanya di segmen ini ,biar si dia mendengar isi hati anda dgn luahan kata2 dan apa saja berkaitan cinta semuanya ada di segmen ini...Eksklusif hanya di MantapFM Rentak Muzik Reformasi!!!

Wednesday, 15 May 2013

Erti Perubahan


Ketika merasmikan kemenangan BN PRU-13 ini di kaca TV, Barisan nasional kini
kembali membentuk kerajaan di Malaysia, seorang ayah dapat merasakan air mata yang tergenang mencucuri kelopak mata anaknya.

Si ayah, lalu bertanya: "Kenapa kau menangis nak?"

"Saya kasihankan ayah..." jawab anaknya dengan nada yang tersekat-sekat.

"Oh... Sebab ayah sudah penat berjuang, sudah banyak berkorban, tapi tetap tak menang?" sambut si ayah.

"Bukan itu..." si anak menafikan tekaan ayahnya.

"Abis tu, kenapa?" tanya si ayah kembali.

"Saya teringat sebelum PRU baru ni, ayah buat kira-kira. Ayah tersenyum. Ayah kata, kalau PAKATAN RAKYAT menang, kita ada duit lebih setiap bulan. Ayah kata, duit tol dah tak ada jadi mudah untuk melihat anak ayah di Univesiti. Petrol pon dah murah. barang dapur pon akan turun harga. Ayah kata, kalau PR menang, kita akan ada duit yang cukup untuk beli dan bayar bulanan kereta dan tak perlu risau dengan duit PTPTN lagi kerana akan di mansuhkan. Ayah nampak lebih gembira ketika itu,bila menyatakan ayah lega kerana tak perlu lagi fikir dan membanting tulang hampir 24jam untuk mencari duit untuk pembelajaran saya di universiti dan persekolahan adik-adik..."

Si ayah terus terdiam. Lidahnya kaku. Direnungnya mata anaknya itu. Tiba-tiba, matanya digenangi air. Ya, ada benar juga kata-kata anaknya itu. Namun, apa yang membuat dia terasa lebih hiba adalah betapa anaknya itu turut menumpang rasa susah dan kesedihan yang ditanggungnya...

Thursday, 9 May 2013

Himpunan Hitam Tolak Penipuan SPR



Perjalanan dan Keputusan PIlihanraya Umum 13 baru-baru ini memberi gambaran kematian demokrasi di Malaysia. Pelbagai penyelewengan, penipuan dan konspirasi untuk memenangkan sesetengah pihak adalah tidak perbuatan yang amat memalukan nama baik negara di mata dunia. Konspirasi pendaftaran kewarganegaraan sementara, dakwat kekal yang tidak berkualiti, 'blackout' dan pelbagai lagi penyelewengan menjadi penanda aras bahawa PRU 13 adalah paling tidak bersih.

Namun sehingga kini tiada lagi kenyataan yang bertanggungjawab dari pihak SPR. Justeru mahasiswa akan mengadakan satu himpunan serta serahah memorandum sebagai tanda bantahan terhadap sikap berat sebelah dan tidak bertanggungjawab pihak SPR dalam mengendali pilihanraya.

 Selain memberi kerakyatan sementara kepada warga asing untuk mengundi, perjalanan pilihanraya yang tidak bersih ini mendapat liputan meluas di media antarabangsa. Ini sangat memalukan imej serta mencalar kedaulatan negara.

Ini bukan persoalan tidak terima Pakatan Rakyat kalah sekadar sentimen tidak suka kepada BN. Tapi ini adalah bantahan terhadap penyelewengan SPR. Sekiranya PR menang dengan cara yang tidak demokratik, kita akan bantah juga.

Kami menyeru seluruh aktivis dan rakyat yang cintakan keadilan untuk bersama dalam himpunan di Pejabat SPR, Putrajaya pada 10 Mei ini. Himpunan akan bermula kira-kira jam 2 petang. Datang dengan pakaian hitam sebagai tanda berkabung di atas kematian demokrasi di Malaysia.

Thursday, 2 May 2013

Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi.





Assalamualaikum w.b.t.

Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi. Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau. Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T.
 

Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul. First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah. So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti. Then ada something aku rasa tak kena. 

Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat. 

Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan. 

Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak, di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang. Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii. 

P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin. -fizgraphic.com




ULASAN DI FB:

Gambor tu superimposed; nampak pertindihan imej yg ketara dgn jemaah di belakang yg sdg bergerak. Pastu nape gambarnya closed-up? -Elias Hj Deris

try pulak tengok minit ker 1:10 saat,, siap menjeling time nak baca sumpah... hehehe -Asrul Budi

yup minit ke 1:02 sikit pun tak langar sepol ??????? -Rähmäd ThëCröw

Nape camera mcm ikut je pergerakan dia mcm camera kt kete F1...pdhl dia pegang dgn tgn... -E Palo Kain 

Friday, 26 April 2013

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.



 Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

Nik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk
 Surat terbuka Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.
Mengiringi beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha meningkatkan sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya umum 2008.

Sebelum ini, Anwar dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berceramah dan mengadakan tinjauan mesra di Lembah Pantai untuk meningkatkan sokongan kepada anak perempuan mereka itu (tengah dalam gambar).
Qaradawi mengetuai Ittihad Ulama Dunia, badan tertinggi yang mewakili ulama Islam di seluruh dunia.

dj shamira

Husam menunggu di gerbang Putrajaya...


Putrajaya, adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, lambang kuasa kerajaan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia lebih setengah abad. Dengan itu Umno yang menjadi tulang belakang BN selama ini diasosiasikan dengan kekuasaan di Putrajaya.

Namun Putrajaya terlalu kecil jika dibandingkan dengan empayar Rom dan Parsi di zaman klasik yang berkuasa ratusan tahun lamanya. ia  lebih kecil lagiConstantinople dibandingkan dengan empayar Rom di sebelah timur, iaitu empayar Byzantine/ConstantinopleIstanbul/Turki.

Dalam sejarahnya Empayar Byzantine/Constantinople dapat ditakluki dan dibebaskan oleh seorang pemuda, berumur 21 tahun – Sultan Muhamad atau bergelar Muhamad Al-Fateh, perwira muda yang luar biasa, anak Sultan Murad sekitar abad ke-15.

Saya mengingat semuanya ini ketika berdiri di depan Datuk Husam Musa, calon PAS/Pakatan Rakyat untuk parlimen Putrajaya. Lawannya, Tengku Adnan Tengku Mansor dari BN.

Husam adalah pemimpin politik heavyweight, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai ‘tokoh politik yang suka berdepan dengan cabaran besar’ sesuai dengan sifatnya yang sangat dinamik, lincah terbuka, suka membaca dan berstrategi.

Husam adalah produk dari kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, justeru selama puluhan tahun beliau bukan saja belajar mengenal tasawuur Islam seluas-luasnya, bahkan belajar kaedah kepimpinan Islam seperti yang diserlahkan oleh Mursyidul Am PAS itu.

Oleh itu melihat watak Husam yang luar biasa itu, Tuan Guru Nik Abd Aziz, barangkali, ‘melepaskannya’ bertanding di luar Kelantan – Parlimen Putrajaya, suatu langkah yang disafatkan oleh beberapa kalangan sebagai ‘berani dan berisiko tinggi’ - memandangkan kawasan Parlimen Putrajaya ini kononnya adalah sebagai ‘kubu kuat’ Umno/BN yang tidak akan terkalahkan, justeru di sana pusat pentadbiran kerajaan di mana ada persepsi umum mengatakan bahawa kakitangan kerajaan biasanya akan mengundi BN atas sebab-sebab yang diketahui umum.

Husam bercita-cita untuk membawa Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi imam solat Jumaat di Masjid Putrajaya kiranya Putrajaya dapat dikuasai Pakatan Rakyat selepas PRU ke-13 ini. Bagaimanapun pada pendapat saya, semangat perjuangan Tuan Guru sudahpun berada di lubuk hati penghuni Putrajaya.

Memang pelbagai tekanan dilakukan kepada penjawat awam di Putrajaya supaya tidak menghadiri ceramah dan program Husam yang lain, tetapi beliau mempunyai strategi sendiri menemui pengundi yang lebih 10,000 orang itu.

Setiap ada kesempatan, beliau dan petugasnya menemui pengundi Putrajaya di mana saja – di kantin, di kafetaria, pasar mini, hentian teksi dan bas, orang-orang perseorangan yang bersiar-siar di tepi tasik dan di mana saja.

Puluhan ribu orang telah menghadiri beberapa majlis ceramahnya bersama pemimpin Pakatan yang lain di Putrajaya minggu lalu dan ini sangat membimbangkan pihak lawannya. Bagi pemerhati politik, ini tanda pengundi di situ, dari golongan manapun, sudah mahukan perubahan.

Saya menemui Husam di pejabatnya di Putrajaya dalam keadaan cuaca dingin dengan hujan di luar berterusan.

Beliau kelihatan tenang saja, ceria dan yakin. Beliau mengatur strategi dengan formula mengetahui sedalam-dalamnya kekuatan dan kelemahan musuh, membaca suasana persekitaran, bila masa bertahan dan bila masa menyerang, di samping menyediakan secukupnya peralatan lojistik.

Semua langkah Husam ini mengingatkan saya mengenai teori dan strategi peperangan panglima perang termasyhur China Sun Tzu atau Sunzi di zaman klasik China, Dinasti Zhou. Mungkin juga Husam telah membaca buku Sun Tzu ini.

Baru-baru ini, Husam melahirkan rasa kecewa berhubung peristiwa di mana ada AJK di sebuah surau di Putrajaya dipecat berkuatkuasa serta merta hanya kerana membenarkan beliau mengadakan majlis suai kenal di surau tersebut.

"Saya mohon pada semua sahabat yang baru saya kenali di Putrajaya, penduduk Putrajaya dan seluruh rakyat negara Malaysia yang beragama Islam supaya berdoa mohon kepada Allah supaya budaya politik sempit begini ditamatkan pada 5 Mei ini," katanya.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan mood perubahan warga Putrajaya semakin meningkat.

Husam bercita-cita, jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, beliau akan mengesyorkan supaya dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran. Dengan kata lain, golongan profesional dapat menguasai Al-Quran.

Husam juga turut menyatakan harapannya jika Pakatan Rakyat berkuasa nanti, untuk mengatasi masalah perumahan di Putrajaya termasuklah masalah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa yang sangat mendesak kepada masyarakat di sini.

Saya yakin, tokoh pemimpin seperti Husam ini juga bercita-cita untuk menjadikan Putrajaya ini sebuah kota pentadbiran yang benar-benar menjunjung amanah rakyat dan menjadi kota ilmu yang menyinarkan cahayanya ke mana-mana.

Memanglah harapan kepada Husam sangat tinggi dan jika Pakatan Rakyat berkuasa, saya kira, Husam antara orangnya, yang mampu membawa perubahan di Putrajaya ini.

Akhirnya, saya menyimpulkan, jika Allah s.w.t. menghendakinya,  kemenangan Pakatan Rakyat akan tercapai dan Putrajaya akan dapat dibebaskan seperti Muhamad Al-Fateh membebaskan Constantinople, walaupun Husam tidaklah semuda Muhamad Al-Fateh.

Kini Husam menunggu di gerbang Putrajaya.



-dj pk-


like page kami di: https://www.facebook.com/Mantapfm